Sponsored Advertisement

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro diumumkan secara rasmi

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

mmexport1508190802934

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar utama kedua mereka bagi tahun ini iaitu dibawa siri Mate.

Huawei Mate 10, Huawei Mate 10 Pro dan Huawei Mate 10 Porsche Design telah diumumkan malam tadi dan ianya adalah telefon pintar yang memiliki pemproses Kirin 970 yang didakwa sebagai cip pemprosesan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses khas AI yang dikenali sebagai NPU.

Selain itu, ketiga-tiga model Mate 10 ini juga memiliki unit kamera yang sama iaitu Leica Lens 3.0 yang memiliki satu unit kamera RGB 20MP dan satu unit kamera monokrom 12MP yang mana kedua-dua nya memiliki aperture terbesar pada kamera telefon pintar iaitu f/1.6. ( kamera selfie adalah 8MP namun menawarkan pengambilan gambar bokeh atau potrait menggunakan teknologi AI).

mmexport1508190859518

Bercakap mengenai skrin paparan, Huawei Mate 10 hadir dengan skrin paparan RGBW QHD berukuran 5.9-inci dengan nisbah skrin 16:9 manakala Mate 10 Pro hadir dengan nisbah skrin 18:9 dengan panel OLED 6.0-inci.

lain-lain spesifikasi Mate 10 dan Mate 10 Pro adalah bateri berkapasiti 4,000mAh dengan Huawei SuperCharge, Android 8.0 Oreo dengan EMUI 8.0, dwi-SIM yang menyokong 4G LTE pada kedua-dua sim, audio kualiti tinggi, LTE cat.18 dan reka bentuk berasaskan gelas pada bahagian hadapan dan belakang.

mmexport1508190863952

Huawei Mate 10 akan hadir dengan 4GB RAM + 64GB ROM manakala Mate 10 Pro akan memiliki 6GB RAM dengan 128GB ROM.

Huawei Mate 10 akan hadir dengan harga penjualan RM 2,699 bagi pasaran Malaysia manakala Huawei Mate 10 Pro masih belum menerima tag harga rasmi.

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
unsecured loans with bad credit | http://www.mobile88.com/news/international/video-sony-xperia-z1-honami-launch-gets-girls-wet-in-malaysia-1st-week-of-october/ | hard loan money texas
unsecured loans with bad credit | http://www.mobile88.com/news/international/video-sony-xperia-z1-honami-launch-gets-girls-wet-in-malaysia-1st-week-of-october/ | hard loan money texas unsecured loans with bad credit | http://www.mobile88.com/news/international/video-sony-xperia-z1-honami-launch-gets-girls-wet-in-malaysia-1st-week-of-october/ | hard loan money texas