Sponsored Advertisement

Google Secara Rasminya Memperkenalkan Android 4.4 KitKat

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

google nexus 5 android 4.4 kitkat

selepas kami laporkan sebelum ini bahawa Versi Android Seterusnya Akan Dikenali Sebagai 4.4 KitKat ,Semalam, Google secara rasminya telah memperkenalkan versi sistem operasi terbaru mereka iaitu Android 4.4 KitKat dan seperti tahun-tahun sebelum versi Android terbaru ini dilancarkan bersama-sama telefon pintar Nexus yang memasuki generasi kelima iaitu Nexus 5. Untuk pengetahuan anda, Google mensasarkan Android 4.4 KitKat ini akan digunakan oleh lebih daripada 1 bilion pengguna dan versi ini mampu menyokong peranti yang mempunyai RAM sekecil 512 MB.

Selain itu, rekaan OS ini telah ditambah baik dan memberikan UI yang lebih baik. Android 4.4 juga memperkenalkan beberapa aplikasi yang direka semula.

Aplikasi Google Hangout yang baru kini akan didatang dengan versi Android ini dimana aplikasi ini akan mengumpulkan kesemua SMS dan MMS didalam satu kumpulan bersama-sama perbualan lain dan  panggilan video. Aplikasi ini direka untuk mengelakkan pengguna terlepas sebarang mesej dari pelbagai platform.

Selain itu, ‘Lock Screen’ Android 4.4 kini mempunyai pintasa ke kamera dan juga terdapat pilihan untuk menyusun  ‘ Home Screen’ mengikut citarasa anda. Selain itu, kesemua peranti yang tidak mempunyai butang fizikal, UI navigasi diskrin akan hilang sebaik sahaja sesuatu aplikasi dilancarkan.

android 4.4 kitkat nexus 5 malaysiaantara ciri-ciri terbaru pada Android KitKat ( AirPrint, ’emoji everywhere’, dan Aplikasi ‘Google Hangout’)

Kekuatan Google seperti biasa adalah pada enjin pencarian mereka dan mereka tidak melepaskan peluang untuk memperbaiknya pada Android 4.4. Versi Google Search ini kini menawarkan ciri-ciri baru dan anda boleh mengaktifkan pencarian dengan perkataan atau melalui pengesan suara-(seperti Siri) dan menurtu Google lagi, pengesan suara ini kini 25% lebih tepat berbanding sebelumnya.

Rekaan Android 4.4 KitKat ini juga disertakan dengan ciri AirPrint yang sama seperti teknologi cetakan tanpa wayar. Walaubagaimanapun, buat masa ini ciri AirPrint hanya boleh digunakan pada mesin pencetak HP sahaja.

Google berazam untuk memberikan akses Android kepada semua pengguna walaupun yang mempunyai peranti dengan spesifikasi rendah. Jika sebelum ini pengguna seperti ini akan diketepikan daripada mendapat OS baru kerana kekurangan memori dan RAM, Android 4.4 telah direka dengan  begitu baik yang mana ianya mampu digunakan pada peranti spesifikasi sederhana dan rendah. Apa yang pelik adalah, Google telah memaklumkan bahawa Nexus 4 tidak akan mendapat KitKat.

Selain itu, Google juga telah membaiki prestasi bateri melalui versi OS ini dengan memperkenalkan beberapa sistem ‘background’ yang lebih baik.

Akhir sekali, Android 4.4 KitKat akan dilancarkan pada Google Nexus 5 dengan beberapa peranti Nexus yang lain (kecuali Nexus 4) akan mendapatnya didalam masa beberapa hari sebelum ke peranti Samsung, Sony, HTC dan banyak lagi. ketahui 5 Ciri-Ciri Terbaru Pada Google Nexus 5

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
student loan consolidation direct loans | http://www.mobile88.com/news/payday-loan-sunday | http://www.mobile88.com/news/payday-loan-with
student loan consolidation direct loans | http://www.mobile88.com/news/payday-loan-sunday | http://www.mobile88.com/news/payday-loan-with student loan consolidation direct loans | http://www.mobile88.com/news/payday-loan-sunday | http://www.mobile88.com/news/payday-loan-with