Gambar Rasmi iPhone 5C Tersebar – Mungkin Berharga RM 1,653

iphone 5c harga specsGambar Rasmi iPhone 5C

iPhone 5C iaitu versi dengan harga yang lebih murah berbanding model utama sering menjadi topic hangat dilaman sosial dan web menjadikan banyak gambar dan spesifikasi model ini di perkatakan. Namun sehingga sekarang tiada gambar rasmi iPhone 5C ini tersebar.Kini satu pengedar yang berpangkalan di Romania telah menghantar beberapa gambar rasmi media iPhone 5C kepada Mobilissimo.ro.

dengan gambar iPhone 5C ini banyak spesifikasi yang diperkatakan boleh disahkan akan menjadi kenyataan apabila dilancarkan kelak. Dengan membawa nama iPhone 5C ianya akan direka berasakan perkakas plastic dan rekaan ‘speaker’ baru akan ditempatkan pada bahagian bawah telefon.

Khabar angin mencadangkan bahawa iPhone 5C akan menggantikan tempat iPhone 5 yang dilancarkan oleh Apple tahun lepas dan penjualan model iPhone 5 akan dihentikan serta merta selepas pelancaran iPhone 5S.

iPhone 5C dijangka akan menggunakan kebanyakan spesifikasi daripada iPhone 5 yang dilancarkan tahun lepas. Jika ini benar, iPhone 5C akan menggunakan pemproses dual-core Apple A6  dengan kelajuan 1.3GHz , PowerVR SGX 543MP3 GPU dan RAM 1GB.

iPhone 5C mungkin akan hadir dengan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16,32 dan 64GB manakala iPhone 5S dijangka  mempunyai kapasiti sehingga 128GB. Model pengganti iPhone 5 ini dijangka juga akan mempunyai LTE, WiFi 802.11 a/b/g/n, WiFi hotspot, , Bluetooth 4.0 dan juga port USB lighting

dari segi kamera pula, iPhone 5C dijangka akan menggunakan skrin paparan LCD IPS 4-inci dengan resolusi 640 x 1136  , kamera 8MP iSight dengan Flash LED dan mode gambar berlainan seperti ‘touch-focus’, pengesan muka, panorama, HDR dan menyokong rakaman video 1080p

Sumber awal mengatakan bahawa model ini akan dilancarkan bersama-sama iPhone 5S dan iOS7 sekaligus memberikan gambaran bahawa model ini juga akan dilancarkan dengan iOS 7 walaupun gambar awal yang tersebar menunjukkan iPhone 5C diuji menggunakan iOS 6.

Walaupun model ini digelar model yang berpatutan. Harga iPhone 5C dikatakan akan bermula pada harga $500 atau RM 1,653 dan boleh dikatakan masih didalam kategori telefon pintar kelas atasan.

Video iOS7

Pada pendapat anda, adakah harga RM 1653  iPhone 5C yang diperkatakan ini wajar?, berikan pandangan anda dibawah

0 comments

Trackbacks

  1. [...] kami melaporkan mengenai gambar rasmi model ‘budget’ iPhone 5C minggu lalu, kini terdapat satu lagi gambar yang menunjukkan bukti bahawa Apple akan menawarkan [...]