Sponsored Advertisement

DxOMark iktiraf kamera iPhone 8 dan iPhone 8 Plus antara yang terbaik dipasaran

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

B7000128-D310-471B-8213-B82D75933E2E

Penjualan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bermula hari ini dan jika anda memerlukan sedikit keyakinan mengenai kebolehan kamera yang dimiliki telefon pintar ini , DxOMark telah mengeluarkan ulasan kamera bagi kedua-dua telefon pintar ini.

Apple iPhone 8 Plus dan Apple iPhone 8 telah melompat terus ke dua tangga teratas didalam senarai DxOMark menolak HTC U11 dan Google Pixel ke tempat ketiga dan keempat.

C59C70EB-833B-4A08-A64F-1927D0B17AFE

Apple iPhone 8 Plus kini menjadi telefon pintar terbaik pernah diuji oleh DxOMark dengan 94 mata diikuti oleh iPhone 8 dengan 92 mata.

Apple iPhone 8 Plus mendapat 96 mata bagi pengambilan gambar dengan pengambilan video mendapat 89 markah.

B5F5E156-FBA9-4A79-BA20-D14CEEBF9C7D

Apple iPhone 8 pula mendapat gelaran sebagai telefon pintar dengan satu unit kamera utama terbaik dengan markah bagi pengambilan gambar adalah 93 diikuti markah pengambilan video lebih tinggi dari iPhone 8 Plus iaitu 90 mata.

A03FE570-D2EF-446D-9E41-8328B9B5236E

Walaupun carta DxOMark kini didominasi oleh Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, keadaan ini mungkin berubah lagi kerana telefon pintar Pixel akan dilancarkan pada 4 Oktober ini sebelum Huawei Mate 10 diperkenalkan pada 16 Oktober.

Selepas itu kita mungkin menyaksikan Apple iPhone X kembali menerajui carta DxOMark ini apabila ianya mula memasuki pasaran pada bulan November.

sumber

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/local/android-based-nokia-x-coming-to-malaysia-march-5-nokia-x-xl-soon/ | http://www.mobile88.com/news/local/huawei-ascend-g700-in-malaysia-price-rm-899/ | http://www.mobile88.com/news/401k-loans-and-bankruptcy
http://www.mobile88.com/news/local/android-based-nokia-x-coming-to-malaysia-march-5-nokia-x-xl-soon/ | http://www.mobile88.com/news/local/huawei-ascend-g700-in-malaysia-price-rm-899/ | http://www.mobile88.com/news/401k-loans-and-bankruptcy http://www.mobile88.com/news/local/android-based-nokia-x-coming-to-malaysia-march-5-nokia-x-xl-soon/ | http://www.mobile88.com/news/local/huawei-ascend-g700-in-malaysia-price-rm-899/ | http://www.mobile88.com/news/401k-loans-and-bankruptcy