Sponsored Advertisement

Asus melancarkan Zenfone Selfie – dua kamera 13MP

asus-zenfone-selfie-malaysia-price

Asus secara rasminya telah melancarkan satu model telefon pintar didalam siri Zenfone di Computex 2015 yang sedang berlangsung di Taipei, Taiwan. Apa yang menarik mengenai telefon pintar ini adalah, ianya merupakan detik dimana Asus secara rasminya memasuki pasaran telefon pintar selfie dengan Asus Zenfone Selfie.

Asus Zenfone Selfie akan hadir dengan dua unit kamera 13MP dan kedua-duanya mempunyai fokus auto laser. Kamera yang digunakan pada Asus Zenfone Selfie ini dikatakan unit kamera yang sama seperti yang digunakan pada LG G3 dan LG G4 yang dilancarkan baru-baru ini.

Sponsored

Spesifikasi lain Zenfone Selfie adalah, skrin paparan IPS LCD 1080p berukuran 5.0-inci, Qualcomm Snapdragon 615 dan akan hadir didalam dua pilihan RAM iaitu 2GB dan 4GB yang sama seperti Asus Zenfone 2.selain dua jenis RAM, Zenfone Selfie juga mempunyai tiga kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB, 32GB dan 64GB.

Untuk mendahului pasaran telefon pintar Selfie, Asus harus hadir dengan satu telefon pintar yang sangat bagus dan Zenfone Selfie ternyata mampu bersaing dengan telefon pintar selfie seperti HTC Desire Eye. Zenfone Selfie hadir dengan kamera 13MP yang dilengkapi dengan sensor Toshiba pada bahagian depan dan belakang. Kamera hadapan Zenfone ini juga mempunyai lensa lebar 24mm dan juga menyokong mod gambar selfie-panorama

Harga dan maklumat penjualan Asus Zenfone Selfie masih belum diumumkan.

Sumber

personal loans for fair credit rating | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-nokia-lumia-920-vs-samsung-ativ-s/ | when to apply for a student loan | http://www.mobile88.com/news/company-consolidation-debt-loan-reputable
personal loans for fair credit rating | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-nokia-lumia-920-vs-samsung-ativ-s/ | when to apply for a student loan | http://www.mobile88.com/news/company-consolidation-debt-loan-reputable personal loans for fair credit rating | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-nokia-lumia-920-vs-samsung-ativ-s/ | when to apply for a student loan | http://www.mobile88.com/news/company-consolidation-debt-loan-reputable