Sponsored Advertisement

Apple mulakan siasatan rasmi terhadap kes bateri iPhone 8 Plus mengembung

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

DKeyq7ZUIAAErpg

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa terdapat beberapa kes Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus terbuka akibat bateri yang mengembung.

Jika sebelum ini, dua kes dilaporkan di Jepun dan Taiwan , kini beberapa kes yang sama dilaporkan di China, Canada dan Greece yang menyebabkan Apple terpaksa menyiasat perkara ini secara rasmi.

Walaupun ada kes baru yang dilaporkan, jumlah laporan yang diterima adalah terhad berbanding jumlah unit yang dijual.

Isu ini dijangka tidak seteruk kes Samsung Galaxy Note7 kerana masih belum ada kes yang melaporkan bateri pada iPhone 8 atau iPhone 8 Plus meletup.

Buat masa ini masih belum ada sebarang punca dikenal pasti namun terdapat jenis kes yang diperkatakan iaitu pengembungan ketika pengecasan dan peranti diterima dengan bateri yang mengembung.

Apple dilihat masih mempunyai masa sebelum panik kerana adalah sesuatu yang biasa untuk beberapa unit daripada berjuta yang dikeluarkan untuk mempunyai masalah seperti ini.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan memasuki pasaran Malaysia 20 Oktober ini dengan tempahan dibuka pada 13 Oktober ini.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/samsung-galaxy-s4-active-vs-lg-nexus-4/ | va student loan repayment program | title loans in maryland | commercial truck loans with bad credit | home loan repayment
http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/samsung-galaxy-s4-active-vs-lg-nexus-4/ | va student loan repayment program | title loans in maryland | commercial truck loans with bad credit | home loan repayment http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/samsung-galaxy-s4-active-vs-lg-nexus-4/ | va student loan repayment program | title loans in maryland | commercial truck loans with bad credit | home loan repayment