Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Apple iPhone Xs , iPhone Xs Max dan iPhone Xr dilancarkan secara rasmi

Apple secara rasminya telah memperkenalkan tiga model iPhone bagi tahun ini dan ianya hadir dengan nama iPhone Xr, iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Bercakap mengenai iPhone Xr, ianya adalah yang paling murah antara tiga model iPhone yang dilancarkan khusunya kerana pengunaan skrin paparan LCD dan bukanya OLED.

Apa pun Apple dilihat tidak berkompromi didalam skrin paparan ini kerana syarikat cupertino ini mendakwa ianya adalah paparan LCD terbaik dipasaran dan ianya dikenali sebagai Liquid Retina dengan saiz 6.1-inci.

Skrin paparan iPhone Xs dan iPhone Xs Max pula adalah 5.8-inci dan 6.5-inci dengan panel Super Retina OLED.

Bercakap mengenai bahagian dalaman, ketiga-tiga mode iPhone ini hadir dengan pemproses Apple A12 Bionic yang lebih pantas dan merupakan cip 7nm pertama untuk ditawarkan di pasaran.

Apple iPhone Xr, iPhone Xs dan iPhone Xs juga hadir dengan generai baru teknologi FaceID selain kamera selfie 7MP.

Kamera utama iPhone Xs dan iPhone Xs Max adalah unit 12MP + 12MP yang baru dan dengan sokongan mengubah aperture gambar portrait yang diambil.

Apple iPhone Xr pula hanya hadir dengan satu sensor 12MP lensa lebar yang sama seperti sensor utama iPhone Xs dan Xs Max namun masih mampu mengambil gambar mod portrait.

Jangka hayat bateri iPhone Xs adalah 30 minit lebih baik dari iPhone X manakala iPhone Xs Max hadir dengan bateri paling besar pernah ditawarkan pada iPhone (sekita 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone X).

Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan mula ditawarkan pada 21 September ini dengan harga penjualan bermula dari $999.

Berikut adalah senarai penuh harga iPhone Xs dan iPhone Xs Max :

iPhone Xs 64GB – $999 (RM 4,135)

iPhone Xs 256GB – $1,149 (RM 4,757)

iPhone Xs 512GB – $ 1,349 (RM 5,585)

iPhone Xs Max 64GB – $1,099 (RM 4,550)

iPhone Xs Max 256GB – $1,249 ( RM 5,170)

iPhone Xs Max 512GB –  $1,449 (RM 5,998)

Apple iPhone Xr pula akan ditawarkan mulai 26 Oktober dengan harga seperti berikut ( hadir didalam 6 warna menarik).

iPhone Xr 64GB – $749 (RM 3,100)

iPhone Xr 128GB – $799 (RM 3,307)

iPhone Xr 256GB – $899 (RM 3,721)

Ketika pelancaran, Apple tidak mengumumkan sebarang maklumat penjualan telefon pintar ini di Malaysia namun ianya mungkin memasuki pasaran Malaysia seawal bulan hadapan.

http://www.mobile88.com/news/federal-auto-loans | http://www.mobile88.com/news/loan-forgiveness-programs | jumbo loan wholesale
http://www.mobile88.com/news/federal-auto-loans | http://www.mobile88.com/news/loan-forgiveness-programs | jumbo loan wholesale http://www.mobile88.com/news/federal-auto-loans | http://www.mobile88.com/news/loan-forgiveness-programs | jumbo loan wholesale