Sponsored Advertisement

Apple iPhone X diumumkan secara rasmi – dengan skrin OLED dan harga dari RM 4,190

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

dual_cameras_smart_cameras_large

Selain iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, Apple turut membuka langkah ke masa depan telefon pintar dengan memperkenalkan Apple iPhone X yang merupakan edisi khas sempena ulang tahun ke-10 Apple iPhone.

Apple iPhone X hadir dengan skrin paparan QuadHD OLED berukuran 5.8-inci namun dengan ketiadaan bezel dan butang ‘Home’ yang sudah ikonik dengan iPhone, iPhone X hadir dengan reka bentuk yang sangat elegan dan premium.

face_id_hero_large

Apple iPhone X hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang didakwa antara yang paling kukuh dipasaran, teknologi pengecaman wajah Face ID ( tidak sama seperti pada peranti Android) dan pemproses Apple A11 Bionic.

apple iphone x-3
Apple iPhone X juga hadir dengan kamera dwi-lensa yang mempunyai posisi menegak dan ianya adalah unit 12MP dengan sensor baru dan dwi-OIS selain flash quad-led. kamera selfie adalah 7MP.

pada bahagian hadapan, terdapat satu ruang yang mana terletaknya dot projector, sensor inframerah ( untuk pengunaan Face ID), kamera , pembesar suara dan mikrofon.

design_all_new_large

Apple iPhone X juga hadir dengan pensijilan kalis air IP67, sokongan pengecasan tanpawayar, rakaman video 4K dan Bluetooth 5.0.

apple iphone x-5

Apple iPhone X akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB dan 256GB.

Apple iPhone X menjadi telefon pintar iPhone yang paling mahal pernah ditawarkan dan ianya bermula dengan harga $999 ($M 4,190)  dan $1,149 (RM 4,819) bagi versi 256GB.

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
private loans online | how do i get a loan from a bank | bad credit history unsecured loans | http://www.mobile88.com/news/chase-used-car-loans | http://www.mobile88.com/news/a-home-equity-loan
private loans online | how do i get a loan from a bank | bad credit history unsecured loans | http://www.mobile88.com/news/chase-used-car-loans | http://www.mobile88.com/news/a-home-equity-loan private loans online | how do i get a loan from a bank | bad credit history unsecured loans | http://www.mobile88.com/news/chase-used-car-loans | http://www.mobile88.com/news/a-home-equity-loan