Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Apple iPhone dengan sokongan 5G hanya akan tiba pada tahun 2020

Perlumbaan untuk penawaran telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G semakin hangat dan syarikat telekomunikasi juga telah melakukan pelaburan besar untuk menjadi antara telko terawal untuk menawarkan teknologi baru ini.

Setakat ini, Xiaomi telah mengesahkan bahawa Mi Mix 3 dengan sokongan rangkaian 5G akan memasuki pasaran pada suku pertama 2019 yang mungkin akan meletakkan telefon pintar ini sebagai yang pertama didunia untuk memiliki teknologi 5G ini.

Bercakap mengenai Apple pula, tahun 2019 akan menyaksikan Apple mengambil inisiatif ‘tunggu dan lihat’ sebelum memperkenalkan teknologi 5G ini pada telefon pintar mereka menjelang tahun 2020.

Menurut laporan dari Fast Company, Apple iPhone pertama dengan teknologi 5G akan tiba pada tahun 2020 dan Apple juga dijangka akan beralih kepada pengunaan modem Intel 8161.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk melihat telefon pintar 5G kerana sokongan rangkaian yang pantas ini tidak akan tercapai secara menyeluruh didalam satu tahun.

Langkah untuk memperkenalkan Apple iPhone dengan teknologi 5G pada 2020 adalah sesuatu yang rasional pada pendapat kami.

http://www.mobile88.com/news/loan-for-auto-business | loan during bankruptcy | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-samsung-galaxy-note-3-vs-nokia-lumia-1020-specs-price-release-date/ | pay day loan assistance
http://www.mobile88.com/news/loan-for-auto-business | loan during bankruptcy | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-samsung-galaxy-note-3-vs-nokia-lumia-1020-specs-price-release-date/ | pay day loan assistance http://www.mobile88.com/news/loan-for-auto-business | loan during bankruptcy | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-samsung-galaxy-note-3-vs-nokia-lumia-1020-specs-price-release-date/ | pay day loan assistance