Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
No.1 Site in Malaysia

iPhone 5S and 5C Akan Mula Dijual Pada 25 Oktober

iphone 5s dan iPhone 5C hargaiPhone 5C

Selepas banyak laporan media hujung minggu lepas mengatakan bahawa sidang pelancaran Apple iPhone 5S dan iPhone 5C akan diadakan pada 10hb September. Kini, satu tarikh baru mula diperkatakan iaitu 25hb Oktober yang dijangka merupakan tarikh dimana model terbaru iPhone 5S dan versi budget iPhone 5C akan mula dijual.

Apple iPhone 5S dijangka akan dilengkapi dengan kamera 8MP( sama seperti iPhone 5 namun telah diberi beberapa penambahbaikan) dengan sensor f/2 sekaligus memberikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang rendah. Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan iPhone 5S akan mempunyai pengimbas capjari pada ‘home button’ dan jangka hayat bateri yang lebih baik sekaligus mempunyai keberatan yang lebih berbanding iPhone 5.

iphone 5s and iphone 5c designReka bentuk iPhone 5S dan 5C

Dalam pada itu, iPhone 5C merupakan versi iPhone 5 yang lebih murah. Model ini dibuat berasakan plastic untuk mengekalkan kos rendah dan dijangka akan ditawarkan didalam beberapa warna menarik.

Selain itu, Tarikh pelancaran 25 Oktober juga akan menyaksikan pelancaran Macbook Air, tidak banyak maklumat mengenai peranti ini diketahui umum. Apple dijangka akan memberikan lebih banyak maklumat mengenainya pada sidang pengumuman yang dijangka akan diadakan pada bulan September.

Tarikh 25 oktober yang dilaporkan ini adalah lebih kurang 6 minggu selepas Apple membuat pengumuman rasmi mengenai model iPhone terbaru mereka. Secara logiknya, kami menjangkakan bahawa Apple akan mula menawarkan iPhone 5S dan 5C selewatnya-lewatnya pada penghujung bulan September.

Video iOS 7

Apakah ciri-ciri baru yang anda mahu pada iPhone 5S yang akan dilancarkan kelak?, sila berikan pandangan anda dibawah :)

1 comments
Azie Aziqah
Azie Aziqah

bileeeee 5s nakk keluar ni ? lameeee tungggu

Trackbacks

  1. [...] ini, kami pernah melaporkan bahawa iPhone 5S dan iPhone 5C hanya akan mula dijual pada 25 Oktober iaitu hampir sebulan selepas pengumuman rasmi. Kami menjangkakan bahawa tarikh ini hanya boleh [...]

http://www.mobile88.com/news/local/sony-xperia-z1-sale-october-4-malaysia-rm2399-specs-price/ | http://www.mobile88.com/news/home-loan-bankruptcy | very bad credit mortgage loans | http://www.mobile88.com/news/local/get-apple-iphone-5c-groupon-malaysia-rm-2199/ | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/perbandingan-apple-iphone-6-vs-samsung-galaxy-s5-specs-malaysia/