Sponsored Advertisement

iOS 9 dilancarkan secara rasmi – 10 perkara yang anda perlu tahu

Share this:
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-1

Apple secara rasminya telah memperkenalkan generasi terbaru sistem operasi mereka iaitu iOS 9 di sidang Apple WWDC yang diadakan awal pagi tadi.

Walaupun tidak memberikan sebarang kemaskini besar, sistem operasi iOS 9 ini lebih baik dan dilihat lebih memfokuskan kepada penambahbaikan dalaman dan bukanya reka bentuk.

Walaubagaimanpun ini tidak bermaksud Apple tidak memperkenalkan ciri baru bagi iOS 9, berikut adalah antara ciri-ciri dan fungsi terbaru yang akan ditawarkan oleh sistem operasi terbaru Apple ini.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-multi-tasking-split-screen

1.‘ Split-screen multitasking’

Bagi pengguna android, pengunaan dua aplikasi secara serentak pada skrin paparan adalah sesuatu yang biasa namun bagi pengguna Apple ini adalah ciri yang telah lama dinanti-nantikan.

Ciri ‘split screen’ ini mempunyai beberapa fungsi, pertama anda boleh membuka satu aplikasi baru dengan ‘swipe’ dibahagian sisi yang dikenali sebagai ‘Slideover’ dan membolehkan anda melayari kedua-dua aplikasi yang dibuka.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-multi-tasking-picture-in-picture

Selain itu, satu lagi ciri adalah ‘picture-in-picture’ khusus bagi video dan facetime, anda boleh membuka satu aplikasi baru dan video ini akan sentiasa dimainkan didalam saiz yang anda mahu.apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-multi-tasking-split-screen-slide-view

Ciri terakhir dan paling utama adalah ‘split view’ yang hanya ditawarkan pada iPad Air 2 dimana anda boleh berinteraksi dengan dua aplikasi secara serentak pada skrin. Buat masa ini ‘Split view’ hanya ditawarkan pada iPad Air 2 dan generasi iPad yang baru juga dijangka akan mendapat ciri ini.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-siri-spotlight

2. Siri kini lebih efektif

Siri kini hadir dengan ciri yang dikenali sebagai ‘Proactive’ yang akan menawarkan cadangan aplikasi yang berdasarkan kandungan, tempat dan waktu sama seperti Google Now.

Selain memain lagu selepas anda memasang pendengar ‘earphone’, teknologi ‘Proactive’ juga memberikan Siri kebolehan untuk melihat apakah aplikasi yang anda miliki dan mencadangkan aplikasi yang sesuai digunakan ketika itu.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-siri-proactive

Semua ciri ini diterapkan didalam fungsi ‘Spotlight’ yang boleh diaktifkan dengan melakukan ‘swipe’ kebawah di ‘home screen’ peranti iOS anda.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-apple-pay-wallet-app

3. Apple Pay dan Wallet

Aplikasi Passbook kini diberikan nama baru dan akan dikenali sebagai Wallet. Aplikasi ini mampu menyimpan segala maklumat peribadi kad kredit, kad debit, kad kedai dan kad kesetiaan didalam satu lokasi.

Apple Pay juga akan mula diterima di hampir satu juta lokasi dan UK akan menjadi destinasi seterusnya yang menawarkan sokongan pembayaran Apple Pay ini.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-notes-app

4. Notes

Aplikasi Notes juga kini lebih pintar, anda kini boleh menangkap gambar dan video untuk dimasukkan kedalam nota anda.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-maps-app

5. Apple Maps Transit

Aplikasi peta Apple Maps yang selalu dikritik hebat kini hadir dengan ciri yang lebih baik. Aplikasi peta ini kini menawarkan maklumat pengangkutan awam seperti bus dan keretapi. Sebagai permulaaan, ciri ini akan ditawarkan bagi 20 bandar utama di seluruh dunia termasuk New York, San Francisco, Beijing, London dan Berlin.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-news-app

6. Aplikasi News

Berdasarkan namanya anda pasti tahu bahawa ini adalah aplikasi yang menawarkan berita terkini dihujung jari anda. Pada iOS 9 aplikasi ini akan menawarkan berita mengikut citarasa anda dan akan dipaparkan seperti pada aplikasi popular Flipboard. Selain berita, aplikasi ini juga akan disertakan dengan video dan gambar.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-small-memory

7. Ruang simpanan OS yang lebih kecil

Jika sebelum ini kemaskini iOS 8 memerlukan 4.6GB ruang simpanan kosong, sistem operasi iOS 9 hanya memerlukan 1.3GB ruang simpanan kosong dan berita ini pasti diterima baik oleh pengguna telefon pintar atau ipad dengan ruang simpanan dalaman 16GB.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-low-power-mode

8. Prestasi dan jangka hayat bateri yang lebih baik

Seperti yang diperkatakan, apple memfokuskan kepada penambaikan prestasi dalaman dan ini dibuktikan apabila iOS 9 mempunyai satu ciri yang mampu menambah jangka hayat bateri anda dengan satu ciri yang dikenali sebagai ‘low-power mode’. Ciri ini akan memberikan pengguna tambahan tiga jam jangka hayat bateri.

apple-ios-9-iphone-6s-6s-plus-malaysia-security

9. Ciri keselamatan yang lebih baik

Bermula dengan iOS 9, kekunci keselamatan memerlukan anda memasukan enam kod dan bukanya 4 dan dengan ini telefon pintar anda akan lebih selamat. Selain itu, jika anda menggunakan akaun Apple anda dari peranti yang baru, anda perlu memasukkan dua kod iaitu kod kekunci dan cap jari.

apple-ios-9-compatible-device-malaysia

10. Adakah anda akan mendapat iOS 9?

Selepas membaca mengenai kesemua ciri baru iOS 9 ini, persoalan yang belum terjawab adalah, adakah peranti anda akan menerima iOS 9, berita bagi bagi pengguna iOS 9 adalah, Apple akan menyokong kesemua peranti iPhone dari generasi iPhone 4S dan ke atas manakala pengguna kesemua generasi iPad Mini juga akan mendapat iOS 9.

iOS 9 juga akan ditawarkan bagi iPad 2, iPad generasi ketiga, iPad generasi keempat, iPad Air dan iPad Air 2.

11. Tarikh pelancaran

iOS 9 dijangka akan mula ditawarkan serentak dengan pelancaran iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang akan diadakan pada bulan September ini.

Share this:
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/america-bank-boat-loan | franchise business loans | new government loan programs | interest free loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/lenovo-vibe-z-vs-oppo-find-7-malaysia-harga-price/
http://www.mobile88.com/news/america-bank-boat-loan | franchise business loans | new government loan programs | interest free loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/lenovo-vibe-z-vs-oppo-find-7-malaysia-harga-price/ http://www.mobile88.com/news/america-bank-boat-loan | franchise business loans | new government loan programs | interest free loan | http://www.mobile88.com/news/antarabangsa/lenovo-vibe-z-vs-oppo-find-7-malaysia-harga-price/