Sponsored Advertisement

Apple berjaya menjual 77.3 juta unit iPhone – iPhone X model paling laris

iPhone_X_family_line_up_big
Apple telah melaporkan bahawa bagi fiskal pertama tahun ini, syarikat ini telah menjual 77.3 juta unit iPhone bagi tiga bulan iaitu dari bulan Oktober sehingga Disember 2017 yang memberikan pendapatan $61.6 bilion dan Apple iPhone X juga disahkan sebagai model iPhone yang paling laris sejak mula dijual pada bulan November yang lalu.

Walaupun terdapat laporan bahawa Apple telah memberitahu pembekal bahawa produksi iPhone X akan dikurangkan sebanyak 50%, ramai pembekal komponen berkata bahawa pengurangan pengeluaran iPhone X tidak seperti yang dilaporkan.

Selain itu, Apple juga mengesahkan bahawa penjualan iPad meningkat bagi tiga suku berturut-turut manakala Apple Watch mencapai rekod penjualan terbaik pada suku ini iaitu peningkatan sebanyak 50% bagi 4 suku.

Apple berkata iPhone X telah mengatasi sasaran awal mereka dan ianya adalah model iPhone yang mencatat penjualan tertinggi setiap minggu sejak mula dijual dan apple juga mensasarkan untuk mencapai penjualan sekitar $60 hingga 62 bilion bagi suku kedua yang bermula dari Januari sehingga penghujung Mac.

project report for bank loan | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ | payday loans banks
project report for bank loan | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ | payday loans banks project report for bank loan | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ | payday loans banks