Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

5 telefon pintar terbaik dengan pemproses Snapdragon 810

qualcoomm-snapragon-810-smartphone-malaysia-harga

Pemproses Snapdragon 810 dikatakan pemproses telefon pintar terbaik di pasaran dan kini lebih banyak syarikat pengeluar telefon pintar mula menggunakanya pada model utama mereka. Berikut adalah lima telefon pintar terbaik dengan Snapdragon 810.

htc-one-m9-gold-malaysia-price-harga

HTC One M9

HTC One M9 secara rasminya dilancarkan di MWC pada bulan March yang lalu namun apa yang mengecewakan adalah, ianya dilihat tidak akan memasuki pasaran Malaysia kerana hanya M9+ ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2599

Selain pemproses daripada Qualcomm, One M9 juga hadir dengan skrin paparan 5.0-inci 1080p, 3GB RAM, memori simpanan dalaman 32GB, LTE Cat.6 atau Cat.9 ( mengikut benua) dengan sokongan 21 band LTE, GPS + GLONASS, Bluetooth 4.1, NFC, Wi-Fi ac dan bateri berkapasiti 2,840mAh dengan teknologi pengecasan ‘fast charging’.

One M9 juga hadir dengan kamera 20MP daripada Toshiba selain kamera ultrapixel 4MP pada bahagian hadapan.

lg_g_flex2_ces_2015_malaysia_price_harga-2

LG G Flex 2

LG G Flex 2 adalah telefon pintar fleksible generasi kedua dan kali ini ianya hadir dengan spesifikasi telefon pintar utama dan bukanya kelas pertengahan seperti tahun lalu.

LG G Flex2 hadir dengan skrin paparan P-OLED berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1080p, 2GB RAM dan mempunyai dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB ( terdapat slot microSD).

Kamera pada G Flex2 juga mendapat penambahbaikan apabila teknologi kamera pada LG G3 kini digunakan pada model ini. Pada bahagaian belakang G Flex2 mempunyai kamera 13MP dengan ‘OIS+ dan Laser Auto Focus’ manakala kamera hadapan adalah 2.1MP yang mempunyai perisian khas untuk mengambil gambar selfie dengan lebih mudah.

LG G Flex2 juga menyokong rangkaian 4G LTE pada kelajuan 300Mbps, Wi-Fi a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.1, a microUSB 2.0 dengan SlimPort untuk TV, teknologi pengecasan FastCharga bagi bateri 3,000mAh ( 50% pengecasan dalama masa kurang 40 minit) dan berasaskan Android 5.0 Lollipop.

LG G Flex 2 dilancarkan di CES

Sony-announces-the-Sony-Xperia-Z4-z3-plus-malaysia

Sony Xperia Z3+

Xperia Z3+ juga dikenali sebagai Xperia Z4 di Jepun. Secara luaranya, telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk yang sama dengan Xperia Z3 namun dari segi dalaman, banyak yang berbeza.

Spesifikasi Z3+ adalah 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, slot microSD yang menyokong tambahan memori sehingga 128GB, kamera utama 20.7MP, kamera selfie 5.1MP dan bateri berkapasiti 2,930mAh.

Z4 juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk dan tahap pensijilan bagi Xperia Z4 adalah IP6 bagi habuk manakala bagi kekalisan air pula, Xperia Z4 mempunyai pensijilan IP5 dan IP8.

xiaomi-mi-note-pro-malaysia-price-harga-4

Xiaomi Mi Note Pro

Xiaomi Mi Note Pro yang merupakan telefon pintar pertama Xiaomi yang hadir dengan skrin paparan QHD dilancarkan bersama-sama Xiaomi Mi Note

Selain itu, Mi Note Pro juga dilengkapi dengan 4GB RAM, Adreno 430GPU, memori simpanan dalaman 64GB dan mempunyai sokongan LTE Cat.9, kamera utama 13MP, kamera selfie 4MP dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

ZTE-Nubia-Z9-malaysia-jpg

ZTE Nubia N9

Telefon pintar ini mungkin yang kurang terkenal didalam senarai ini namun ini tidak bermaksud telefon pintar ini tidak mempunyai kehebatan untuk bersaing dengan telefon pintar utama dunia.

ZTE Nubia Z9 dilengkapi dengan skrin paparan 5.2-inci 1080p, bateri berkapasiti 2,900mAh , 3GB RAM bagi versi biasa dan 4GB bagi versi elit dan premium.

sumber

http://www.mobile88.com/news/international/first-smartphone-video-call-made-from-summit-of-mt-everest-with-a-htc-one/ | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-lg-nexus-4-vs-samsung-galaxy-s3/ | free loan modification
http://www.mobile88.com/news/international/first-smartphone-video-call-made-from-summit-of-mt-everest-with-a-htc-one/ | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-lg-nexus-4-vs-samsung-galaxy-s3/ | free loan modification http://www.mobile88.com/news/international/first-smartphone-video-call-made-from-summit-of-mt-everest-with-a-htc-one/ | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-lg-nexus-4-vs-samsung-galaxy-s3/ | free loan modification