Sponsored Advertisement

10 Gadget baru yang akan dilancarkan di CES 2014

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin

10-gadgets-model-ces-2014-
CES merupakan pameran tahunan barangan elektronik dan teknologi terkini yang diadakan pada bulan Januari di Las Vegas, Nevada. CES akan menjadi medan dimana banyak syarikat terkemuka dunia akan mempamerkan barisan produk mereka bagi tahun 2014. Antara syarikat yang akan membuat sidang media/pelancaran di CES ini adalah Samsung, LG, Sony, Lenovo, Acer, Asus, NVIDIA dan banyak lagi. Berikut adalah senarai 10 gadget atau peranti baru yang akan dilancarkan di CES yang akan bermula mulai 07/01/2014 sehingga 10/01/2014

samsung-exynos-6-ces-2014-

1.Samsung

Walaupun belum dapat dipastikan mengenai perkara yang Samsung akan umumkan di CES ini namun kami dapat memberikan anda beberapa perkara yang kami pasti tidak akan diumukan di CES ini antaranya ialah varian tablet terbaru mereka yang dikatakan hanya akan dilancarkan pada bulan Februari dan model telefon pintar utama yang ditunggu-tunggu tahun ini iaitu Galaxy S5 memang tidak akan dilancarkan disini memandangka ianya dikatakan akan diumumkan di MWC 2014 seperti laporan ini. Beberapa perkara yang akan umumkan dan dipertontonkan oleh Samsung di CES adalah Galaxy Camera 2, beberapa telefon pintar berasakan Windows Phone 8 dan kemungkinan chip pemprosesan Exynos yang baru ( mungkin merupakan cip pemprosesan64-bit?)

lg-g2-mini-ces-2014

2. LG

Khabar angin mengatakan bahawa LG akan melancarkan model utama mereka iaitu G3 namun CES adalah terlalu awal bagi pelancaran generasi ketiga telefon pintar utama LG ini memandangkan G2 hanya dilancarkan pada suku kedua tahun lalu. LG mungkin akan memperkenalkan model G2 Mini dan beberapa jam pintar yang dikenali dengan kodnama “ G Arch” dan“G Heath”. Selain itu, LG juga sedang membangungkan pemproses mereka sendiri dan CES mungkin menjadi pentas yang sesuai untuk memperkenalkanya kepada perhatian dunia.

sony-xperia-z2-top-5-best-smartphone-2014-malaysia

3.Sony

Adalah sesuatu yang mustahil untuk tidak menyaksikan Sony melancarkan sesuatu di CES ini.      Sony dikatakan akan memperkenalkan satu model phablet yang mempunyai skrin paparan 6-inci dan hadir dengan pemproses octa-core serta satu telefon pintar dengan harga yang berpatutan dan akan dikenali sebagai Xperia E2. Namun, peranti Sony yang dijangka pasti mendapat lebih perhatian adalah Sony Xperia Z1s yang merupakan model ‘mini’ kepada Xperia Z1. Selain itu, terdapat juga kemungkinan Sony memperkenalkan jam pintar yang ketiga didalam sejarah syarikat elektronik ini.

Terkini! : Sony Melancarkan Xperia Z1 Compact di CES 2014- Kamera 20.7MP

5 Smartphone Dengan Skrin Paparan QHD 1440 x 2650 piksel

 

Asus-Padfone-x-ces-2014

4.Asus

Adalah sedia maklum bahawa Asus sedang membangunkan tablet baru yang mana anda boleh memilih untuk menggunakanya sebagai peranti Android atau Windows. Dan jika itu tidak menarik perhatian anda, Asus juga dikatakan akan memperkenalkan satu model PadFone yang baru di CES 2014 ini yang mana model ini akan dikenali sebagai PadFone X dan akan hadir dengan berasakan Android 4.4 KitKat yang menjadikanya model pertama selain model Google Nexus untuk hadir dengan versi Android yang terkini.

nvidia-shield-android-ces-2014

5.Nvidia

NVIDIA juga akan membuat penampilan di CES 2014 yang memberikan kami petunjuk bahawa mereka akan mengumukan generasi pemproses Tegra yang baru dan mungkin dikenali sebagai Tegra 5 dan pasti akan mendedahkan nama peranti yang menggunakan cip Tegra 5 ini. Selain itu, Tablet yang dikenali sebagai Tegra Note dan generasi kedua konsol NVIDIA Shield juga dikhabarkan akan menjadi sebahagian daripada agenda NVIDIA di CES 2014 yang akan bermula.

alcatel-ces-2014

6.Alcatel

Alcatel telah melancarkan banyak telefon pintar sepanjang tahun 2013 yang merangkumi semua permintaan pasaran walaupun tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pengguna. Namun 2014 pasti juga akan menyaksikan Alcatel berusaha untuk kembali bersaing dipasaran telefon pintar dunia dan kami menjangkakan syarikat ini akan menggunakan CES 2014 sebagai pentas untuk memperkenalkan beberapa telefon pintar yang akan bersaing di pasaran dunia tahun ini.

acer-ces-2014

 7.Acer

Acer juga telah mengesahkan kehadiran mereka di CES 2014 namun setakat ini syarikat itu tidak memberikan sebarang maklumat atau petunjuk mengenai apa yang akan dilancarkan di sidang itu kelak.

http://cms.mobile88.com/news/wp-content/uploads/2014/01/huawei-ascend-mate-2-ces-2014-malaysia-harga-specs.jpg

8.Huawei

Huawei pasti hadir dengan sesuatu yang menarik pada CES 2014 ini dan mereka akan mempunyai satu majlis khas untuk mereka. Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai model atau peranti yang akan dilancarkan namun Huawei Ascend Mate 2 dan satu phablet berukuran 6.1-inci pasti akan memberikan persaingan baru kepada Galaxy Note 3.

 Lenovo-Vibe-Z-ces-2014

9.Lenovo

Hampir kesemua produk Lenovo untuk tahun 2014 dijangka akan dipamerkan di majlis CES 2014 ini dan kami menjangkakan bahawa Lenovo akan mempamerkan telefon pintar Vibe Z yang akan menjadi model utama mereka selain beberapa peranti berasakan Android yang lain.

zte-nubia-z5s-z5smini-ces-2014-malaysia

10.ZTE

ZTE tidak begitu berahsia didalam soal model yang akan pamerkan di  CES dan boleh dikatakan model-model ini mampu bersaing dengan kebanyakkan telefon pintar yang sudah berada dipasaran. ZTE Nubia Z5S dan Z5S Mini adalah dua peranti utama yang akan dipertontonkan selain phablet ZTE Grand II dan jam pintar BlueWatch.

Sumber

Share this:
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedin
http://www.mobile88.com/news/feature/review-logitech-z200-multimedia-speakers/ | capital finance loans | loans in colorado
http://www.mobile88.com/news/feature/review-logitech-z200-multimedia-speakers/ | capital finance loans | loans in colorado http://www.mobile88.com/news/feature/review-logitech-z200-multimedia-speakers/ | capital finance loans | loans in colorado