Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

Android 4.3 Jelly Bean Mula Ditawarkan Kepada Galaxy Note II

android kitkat jelly bean note 2

Jika anda masih ingat minggu lalu kami melaporkan bahawa pengguna Galaxy Note II bakal menerima kemaskini Android 4.3 Jelly Bean dan kini khabar angin ini telah menjadi kenyataan.

Selepas beberapa laman web teknologi terkemuka melaporkan bahawa kemaskini tidak rasmi Android 4.3 Jelly Bean bagi Galaxy Note II versi 3G (GT-N7100) telah tersebar. Samsung melalui blog rasminya iaitu SamMobile telah mula menawarkan Android Jelly Bean ini kepada pengguna Galaxy Note 2 LTE (GT-N7105) terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, pengguna Samsung Galaxy Note II tidak pernah menerima sebarang kemaskini Android sejak phablet ini dilancarkan tahun lalu. Sehingga kini, pengguna Galaxy Note II masih menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean. Seperti Galaxy S III, Samsung tidak pernah melakukan sebarang ujian menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean bagi kedua-dua model Samsung yang dilancarkan tahun lalu.

Pengguna Galaxy Note II pasti lega dengan berita bahawa Android 4.3 ini lebih stabil dan pantas. Terdapat banyak perubahan pada sistem operasi ini berbanding Android 4.1.2 Jelly Bean. Samsung telah memperkenalkan reka bentuk UI yang sama seperti Galaxy S4 dan Note 3.

Selain itu,Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean ini juga membawakan sokongan jam pintar Samsung yang pertama iaitu Galaxy Gear yang sebelum ini hanya boleh digunakan bersama-sama Galaxy Note 3. dapatkan harga terkini telefon pintar di sini

Antara ciri lain yang diperkenalkan pada Galaxy Note II melalui Android 4.3 Jelly Bean ini ialah Samsung KNOX, sokongan ‘TRIM’ yang membolehkan peranti berfungsi dengan lebih pantas dan penggunaan RAM yang lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri terbaru pada Android 4.3 Jelly Bean sila lihat disini.

Setakat ini Malaysia masih belum menerima kemaskini ini, namun anda boleh menyemaknya dari semasa ke semasa disini.

Terdapat dua cara untuk mengemaskini telefon pintar anda kepada Android 4.3 Jelly Bean secara rasmi iaitu melalui perisian Samsung KIES atau melalui OTA. Untuk kemaskini melalui OTA anda perlu mengikut langkah-langkah ini tekan Settings > More > About Device > Software update > Update.

Selepas kemaskini ini ditawarkan, Samsung dikatakan akan mula mengalihkan perhatianya untuk menawarkan Android 4.4 KitKat yang telah dilancarkan awal bulan ini bersama-sama Nexus 5 dan peranti Samsung pertama yang akan menerima Android KitKat ialah Galaxy S4. ketahui Bilakah Telefon Pintar Anda Akan Menerima Android 4.4 KitKat?

http://www.mobile88.com/news/80-15-5-loan | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ | looking for loans | http://www.mobile88.com/news/texas-hard-money-loans | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-blackberry-q10-vs-samsung-galaxy-s4-mini/
http://www.mobile88.com/news/80-15-5-loan | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ | looking for loans | http://www.mobile88.com/news/texas-hard-money-loans | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-blackberry-q10-vs-samsung-galaxy-s4-mini/ http://www.mobile88.com/news/80-15-5-loan | http://www.mobile88.com/news/international/acer-8-inch-windows-8-tablet-w3/ | looking for loans | http://www.mobile88.com/news/texas-hard-money-loans | http://www.mobile88.com/news/vs-comparison/comparison-blackberry-q10-vs-samsung-galaxy-s4-mini/