Mobile phone news, Telco news , Mobile Technology News , Tablet news
Sponsored Advertisement

200,000 unit Huawei Honor 7 dijual dimasa 2 minit

huawei-honor-7

Penjualan kilat pertama bagi telefon pintar Huawei Honor 7 telah diadakan dua hari lalu dan sambutan bagi model ini dilihat diluar jangkaan apabila telefon pintar ini telah memecahkan rekod baru.

Sebanyak 200,000 unit Huawei Honor 7 telah dijual didalam masa dua minit iaitu kira-kira 1,667 unit setiap saat.

Terdapat tiga versi Honor 7 yang ditawarkan ketika penjualan tersebut iaitu versi 16GB, versi dwi-SIM LTE dan versi 64GB.

Huawei Honor 7 yang dilancarkan pada penghujung bulan lalu adalah telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi baik namun pada harga yang amat berpatutan.

Huawei Honor 7 hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium aloi pada bahagian hadapan dan belakang dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci. Skrin paparan ini adalah sama seperti Huawei P8.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-5

Selain itu, Huawei mengekalkan pengunaan pemproses keluaranya sendiri pada Honor 7 dengan model terbaru Honor ini mendapat pemproses 64-bit Kirin 935 yang turut disertakan dengan 3GB RAM

kamera Honor 7 juga diberikan pemfokusan yang lebih. Ianya hadir dengan unit kamera 20MP f/2.0 Sony IMX230 sensro Exmor RS yang turut dilengkapi pemfokusan auto ‘phase detection’ manakala kamera hadapan adalah 8MP f/2.4 dengan lampu flash hadapan.

huawei-honor-7-vmall-malaysia-2

Huawei Honor 7 juga hadir dengan sensor pengesan capjari generasi terbaru yang mampu memberikan anda akses kepada telefon pintar didalam masa 0.5 saat. Sensor ini diletakkan pada bahagian belakang yang sama seperti pada Huawei Ascend Mate 7.

Huawei Honor 7 juga mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh dengan teknologi pengecasan pantas turut disertakan. Pengguna boleh mengecas bateri Honor 7 ini sehingga tahap 50% didalam masa hanya 30 minit.

Penjualan kedua Honor 7 akan diadakan pada 14 Julai ini dan terdapat juga kemungkinan bahawa penjualan itu akan mengatasi penjualan dua hari lalu.

sumber

pay day loans uk | bank loans investment | http://www.mobile88.com/news/international/rugged-versions-galaxy-note-3-galaxy-s5-rumor/ | lending tree personal loan reviews
pay day loans uk | bank loans investment | http://www.mobile88.com/news/international/rugged-versions-galaxy-note-3-galaxy-s5-rumor/ | lending tree personal loan reviews pay day loans uk | bank loans investment | http://www.mobile88.com/news/international/rugged-versions-galaxy-note-3-galaxy-s5-rumor/ | lending tree personal loan reviews